Polis Johor melumpuhkan dua sindiket peminjam wang tidak berlesen, ah long dengan penahanan 11 ahlinya dalam beberapa serbuan pada Khamis dan Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ahli sindiket yang ditahan termasuk seorang wanita dan seorang warga asing berusia 19 hingga 46 tahun.